Jabatan Automotif adalah salah satu kursus yang terdapat di SM Vokasional Alor Setar. Kursus ini merupakan kursus yang paling popular dan diminati ramai. Setiap tahun permintaan untuk mengikuti kursus ini amat membanggakan kerana ianya menawarkan pengetahuan dan kemahiran tinggi yang boleh digunakan apabila pelajar-pelajar tamat pengajian kelak.

Bagi pelajar Sijil Kemahiran Malaysia yang mengambil Kursus Mekanik Kenderaan Motor Tahap 1, pelajar dikehendaki menyiapkan profil dalam masa yang telah ditetapkan, diwaktu yang sama pelajar akan mengikuti mata pelajaran teras sebagai persediaan SPM.
No comments:
Post a Comment